Pengikut


Sabtu, 17 November 2012

sHAnA: My BloG

sHAnA: My BloG: SaLaM MaAl hijRAh_ Assalamualaikom semua,sha kat cnie sehat hendaknya..hari ini sha x gi mana-mana cuma duk umah dan buat apa yg p...

Isnin, 5 November 2012

sHAnA: Ku Ukir Nama Mu-cerpen

sHAnA: Ku Ukir Nama Mu-cerpen: kisah ini bernama shana,Seorang  gadis dengan berat 90kg dan tinggi 160cm.Dapat anda semua bayangkan?Ya,dia seorang penghidap obesiti.tapi ...

Ku Ukir Nama Mu-cerpen

kisah ini bernama shana,Seorang  gadis dengan berat 90kg dan tinggi 160cm.Dapat anda semua bayangkan?Ya,dia seorang penghidap obesiti.tapi buakn berat badannya yg ingin ku nyatakan di sini.Kisah ini adalah mengenai nilai persahabatan yg tinggi.
Shana Di lahirkan sebagai seorang gadis yg jelita,dikurniakan wajah yg cantik persis siti nurhaliza.Namun disebabkan oleh kekejaman ayah tirinya yg ingin memperkosa,dia membenci hidupnya sekaligus menjadikan dirinya seorang yg gemuk dan hodoh.Shana mempunyai seorang jiran yg merupakan rakan sekelasnya,Rizal.
Rizal merupakan satu-satunya manusia yg ingin bertegur sapa dengan Shana.Orang lain semuanya memandang serong terhadap Shana.Walaupun hanya Rizal sahaja manusia yg ingin bertegur sapa dengan Shana,anda semua jgn salah paham!
Rizal sebenarnya hanya mempergunakan shana kerana Shana sanggup melakukan apa saja untuknya agar tidak kehilangan satu-satunya sahabat yg dia punya.Segala perkara yg dilakukan Shana untuk Rizal,tidak pernah dihargai.Namun,satu peristiwa yg telah menyedarkan Rizal betapa Shana menyanyangi dirinya.
"Shana,cepatla sikit!aku tahu la yg kau nie gemuk tapi,boleh tak kau cepat sikit?"!kata Rizal yg sedang bercekak menunggu Shana memikul beg galasnya.Maafkan saya Rizal.beg awak ni berat sangat."kata Shana dengan perasaan yg sedih kerana ditengking Rizal.Dia tidak kisah diarah itu ini oleh Rizal kerana dia amat menyangi Rizal sebagai satu-satunya sahabat yang dia punya.

DI DALAM KELAS~~~~~~
"kau dah siapkan ke kerja sekolah yg aku suruh kau buat?"tanya Rizal.Tanpa banyak bicara Shana menyerahkan kerja sekolah Rizal.
Begitulah kehidupan Shana seharian.dia diibaratkan sebagai hamba Rizal.Makanan waktu rehat Rizal,dibelikan.Beg Rizal dipikulnya,kerja sekolah rizal dibuatnya.Tidak dikira dengan perkara remeh yg disuruh Rizal.Shana kadangkala berasa sedih diperlukan begitu.Namun,apabila mengingati peristiwa 3 tahun lalu,dia sanggup.

3 TAHUn LEPAS~~~
"sesiapa tolong!tolong!tolong!jerit Shana apabila ayah tirinya yg sedang mabuk ingin memperkosakannya.Dengan tidak semana-mananya Rizal mendengar yg terdengar jeritan Shana berlari menuju ke rumahnya dan terus sahaja menumbuk ayah tiri Shana yg seperti telah dirasuk setan.Tidak cukup dengan menumbuk sahaja,Rizal telah memukul Ayah tiri Shana dengan sibiji pasu.Ayah tiri Shana pengsan dan Rizal menelefon polis.
Sekarang ayah tiri Shana sedang meringkuk di penjara,dan Shana hidup seorang diri berbekalkan wang ehsan daripada kerajaan setiap bulan.Ibunya telah lama meninggal dunia.Shana hanya mampu mengeluh.
Lamunan Shana terganggu apabila mendengar suara Rizal."shana,jom kita pergi berkelah minggu depan!semua orang dalam kelas kita pergi.tapi kau jangan salah paham sebab aku bukan ajak kau untuk berkelah tapi untuk orang yg akan tolong pikul barang-barang kita jer!hahahaha!kata-kata Rizal itu disambut dengan gelak oleh rakan-rakan sekelasnya yg lain.Shana hanya mampu menunduk dan menganggu.

Di TEMPAT PERKELAhaN~~
"kau main jauh-jauh nanti kita orang perlukan sesuatu kita orang akan panggil kau!kata Rizal.dengan hati yg berat,Shana berlalu.dia sebenarnya ingin bersama-sama menikmati perkelahan itu.Namun apakan daya,dia redha.
Shana terjumpa sebuah batu yg amat besar.Dia tersenyum dan bergegas mencari pisau lipat yg dibawanya.Dia mengukir sesuatu di atas batu itu dengan tulisan korea yg dipelajarinya agar tiada orang yg dapat membacanya.Kekusyukkan Shana terganggu apabila terdengar bunyi bising dari arah tempat rakan-rakannya kelas berkelah.
Dia terus sahaja berlaru ke sana tanpa sempat menyudahkan ukirannya.Dia mendapatu semua rakan sekelasnya sedang mengerumuni Rizal.Rupa-rupanya jantung telah tersusuk dengan buluh runcing yg tidak sengaja dilemparkan oleh rakan sekelasnya.Shana terus menghubungi ambulans.

DIHOSPITAL_
Rakan anda mungkin tidak dapat diselamatkan kerana jantung telah rosak dan tidak ada jantung sesuai dengannya di sini."kata doktor yg merawat Rizal.Shana terduduk dilantai hospital itu dengan baju dilumuri darah Rizal.

6TAhuN KeMUDiaN_
Rizal berjalan-jalan  di sekitar pantai itu.memori 6 tahun yg lalu kembali berputar di dalam mindanya. 
setelah sedar dari koma yg panjang,Rizal terus sahaja menyebut nama Shana,Dia terus sahaja menangis apabila dia mengingati yg telah menyebabkan dia kembali hidup semula.Dia ternampak Shana dengan penampilan 3 tahun lalu,Shana hanya tersenyum kepadanya,dan telah menyebabkan Rizal tersedar dari komanya.
Rizal menangis sebaik sahajs diberitahu bahawa Shana telah tiada kerana telah mendermakan jantungnya kepada Rizal

6TAHun DAhuLu DHOspiTAL_
"doktor,saya nak dermakan jantung saya!saya tak kisah saya mati asalkan Rizal hidup.Ramai orang yg memerlukan dia di dunia ini!"jerit Shana.Doktor itu kehilangan kata-kata.setelah menjalankan ujian darah,rupa-rupanya jantung Shana sesuai untuk Rizal.sebelum Shana masuk ke bilik pembedahan,dia sempat menyanyikan lagu seribu kemanisan dari lagu siti nurhaliza sebagai tanda perpisahan untuk Rizal.
lamunan Rizal mati apabila kim ,rakan sekuliahnya dari  korea menjerit memanggil namanya.dia bergegas menuju ke arah kim.kim menunjukkan ukiran dia diatas sebuah batu dengan tulisan korea.'saya mana tahu baca bahasa awak la,kim!memangla awak pandai bahasa malaysia,tp saya x belajar bahasa korea."kata Rizal.kim pun membacakan kata-kata di atas batu itu berbunyi seperti_
"AKU PUNYAI SEORANG TEMAN YG AMAT AKU SAYANGI,RIZAL.AKU AKAN SENTIASA MENYANYANGINYA WALAUPUN AKU TELAH TIADA!
SHANA LOVE RIZ"

Ejaan Rizal yg tidak sempat diukir oleh SHana telah diukir semula oleh kim.Rizal terduduk di hadapan batu itu.Sekarang baru dia mengetahui begitu begitu dalam kasih sayang shana terhadapnya sebagai seorang sahabat.Rizak menangis dan berdoa agar Shana sentiasa bahagia di Syurga.
       ************************************************************

########################################


APALAH SALAH,APALAH DOSAKU_CerPeN













Hubungan aku dan suami semakin hambar,semuanya gara-gara nina,adikku.biarpun banyak yg menyampaikan adik aku semakin berani cuba menggoda Azman namun aku sangsi tentang kebenaran kata-kata itu.sepengetahuan aku x pernah pula nina bertindak begitu.semuanya elok dan baik.malahan nina ringan tulang membantu aku menguruskan rumah dan anak-anak aku.

 begitu juga dengan suami aku tidak pernah berubah laku.Layananya terhadap aku sentiasa baik dan tidak menunjukkan sebarang tanda dia sudah curang terhadapku.Ah!manusia memang begitu,mana boleh lihat orang lain senang pasti ada saja yg cuba cucuk jarum.

"abang....jom makan.makanan da siap nie..nanti sejuk tak sedap pulak."pelawaku kepada Azman yg masih tekun menghadap televisyen.
"em....sedapnya bau..ila masak apa ni?lapar terus perut abang..."usik Azman berlalu ke dapur bersamaku.
"tentulah masakan kegemaran abg...apalagi."balasku lembut sambil membuka tudung saji yg penuh dengan hidangan menyelerakan terutamanya kari daging yg memang menjadi kegemaran Azman.
"eH...budak-budak mana?sunyi je...nina pun..ajaklah diorang makan sekali."Kata Azman sebaik sahaja menyedari hanya kami berdua saja mengadap hidangan.
"kejap lagi diorang balik.Nina bawak diorang  ke petrol pam isi minyak.Nina kata nak singgah butik kejap nak ambil baju dia...apalagi budak-budak tu sibuklah nak ikut mak sunya."terangku lagi.Azman cuma menangguk dan menikmati hidangan tengahari dengan berselera.
  Aku cuma tersenyum bangga bila Azman makan dan memuji masakanku.Itulah Azman dari dahulu sehingga sekarang.Bagi aku kasihnya pada aku tidak pernah berubah.Namun gosip-gosip hangat yg kebelakangan ini dikatakan di pejabat Azman membuatkan aku keliru.Mengapa Nina dikaitkan sedangkan dia adik kandung aku.Sejak kecil kami membesar bersama dan aku tahu perangainya.
    Namun kebelakangan ini aku dapati Nina berubah sedikit.Pantang ditegur ada saja anginnya.Aku sendiri pun kurang pasti apa punca menyebabkan dia begitu.Mungkin sebab keputusannya untukm tinggal dengan kawan-kawan bujangnya dihalang?Aku bukannya tak bagi dia berdikari tetapi dengan kerja yg baru dan gaji x seberapa rasanya lebih elok dia di rumah aku,Dapat jugak dia temankan aku bila Azman Out Station.Paling tidak pun boleh jugak dia menabung duit gajinya.
"kak long...Nina ada hal nak cakap sikitla..."kata Nina sebaik sahaja  selesai makan malam.Aku menggangguk sambil mengelap tangan selepas mencuci pinggan mangkuk di sinki.
"Ada apa Nina?"soalku
"sebenarnya...em....sebenarnya..Nina nak pindah jugak hujung bulan ni.Apapun keputusan Kak Long,Nina tetap nak pindah.Bukan x sudi duduk ngan Kak Long...tp Nina ada life Nina sendiri.."ujar Nina berterus-terang.Aku cuma diam.
"em...kalau Nina rasa Nina dah nekad kak Long pun x boleh buat apa lagi.Tapi tunggulah Kak long bincang ngan Abang Azman Kau dulu.Nanti apa pulak katanya."balasku
"Ala..apalah Kak Long Nih,Nina kan adik Kak Long,jadi kak long pun boleh buat keputusan."ujar Nina lagi merengek.
"ya...Kak Long tau tapi dia kan ketua keluarga,kenalah jugak Kak Long bincang ngan dia,"ujar Kak Long lembut.Nina mengiakan kata-kata aku ngan angukan saja.

  Aku berfikir sendiri apakah sebabnya Nina hendak pindah dan mengapa dia  cakap dia life sendiri?Aku kurang pasti ngan alasan Nina.Mungkinkah sesuatu yg dirahsiakannya.Sewaktu aku menyampaikan berita itu pada Azman,kelihatan dia amat terkejut dan tidak gembira.Apakah benar segala gosip yg aku dengar di pejabat?Ah!tak baik aku berperansangka pada Azman.Dia suami dan ayah yg baik.

  Segala kerja di pejabat hari itu serba x menjadi.Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati bila Azman keluar meeting terlalu lama.Nina pula kurang sihat di rumah.Puas aku cuba telefon ke rumah tapi tidak berangkat.Aku bimbang jika Fatinah dan Firdaus pulang dari sekolah takde sesiapa yg tengokkan mereka.Handphone Azman pula dari tadi terus masuk Voice Mail saja.
  "ni tak boleh jadi nie.aku nak balik kejap la..."Ujarku pada Nora.Lantas aku capai beg tangan dan menuju ke perhentian teksi di luar pejabatku.
   Mujurlah bukan waktu rehat jadi senang sikitlah aku dapat teksi masa itu.Dalam kotak fikiran aku bimbang takut-takut benda buruk terjadi pada Nina.Katanya kepalanya pening pagi tadi.Bimbang takut dia jatuh kat dalam bilik air atau....Ah!melalut pula otak aku fikir itu semua.
   Tiba-tiba darah aku menyirap ke muka tatkala teksi berhenti di depan rumah.kereta Azman ada di situ.Hati ku berteka-teki. Dengan siapa dia keluar meeting?Encik Fikri?tapi jarang Azman x bawa kereta.Aku terus menolak pintu pagar perlahan dan memulas tombol pintu utama.Keadaan rumah sunyi sepi.Mungkin Nina sedang lena.Tapi mana Azman?kasutnya ada diluar rumah.Agak dia pun x sihat ke?
  Lantas aku memulas tombol pintu bilik tidur kami,sunyi!eh!pelik!tiba-tiba aku terdengar bunyi rengekan dan gelak manja Nina dalam biliknya.Badan aku menggigil,seram sejuk.Aku dekatkan telinga di pintu bilik Nina.Sah!itu suara Azman ngan Nina.Tangan aku terketar-ketar nak memulas tombol pintu bilik Nina.Namun disebabkan desakan naluri yg kuat aku memulas dan menolak pintu sekuat hati.
 "masya_Allah...abang!!!apa abang dah buat nih?!!jeritku sekuat hati.
   Kelihatan Nina hanya berpakaian tidur jarang yg menampakkan setiap lekuk tubuhnya.Azman plak cuma berseluar pendek di dalam satu selimut.Aku gugup dan terjelepuk di depan pintu.
   "heh!apa Ila buat kat sini?!soal Azman bodoh.aku meluat dan menangis semahunya.
  "apa semua ni bang?sanggup abang buat benda terkutuk di rumah sendiri.apa semua ini Nina?"soalku separuh menjerit.Nina tunduk diam.wajahnya pucat lesi.Namun ada sedikit senyum sinis seperti menyindir aku.,
"abang!explain to me,,apa semua nih!?rayuku dalam tangis.wajah Azman berubah bengis tiba-tiba.
 "hah!memang aku cinta dan sukakan Nina.Dia mampu layan aku sebaiknya berbanding kau.jadi mulai saat ini kau jgn banyak tanya lagi.kami nak kawin!"bentak Azman keras.Aku sedih sebabnya diperkecilkan dengan hal melibatkan maruah di depan adik ku sendiri.Air mata terus laju mengalir tanpa ditahan-tahan.Seluruh badanku menggigil.

 Sampai hati abg buat Ila macam nie!sampai hati Nina...Ujarku dalam esak.
"Sorrylah Kak long...Nina x berniat nak lukakan hati kak long....tapi kenyataanya kami memang sama menyintai,"ujar Nina setelah lama mendiamkan diri.Hati ku luluh dan hancur.Azman memandang aku penuh geram.
 "baiklah abang...kalau itu abang nak..Ila relakan."rayuku sambil memeluk betis Azman.
 "lagipun...ila x nak rumah kita jadi tempat maksiat...tak baik,berdosa abang.."rayuku lagi,.Azman naik angin bila aku bagi nasihat begitu.
  "cis..pandai pulak kau nak bagi syarahan agama kat aku.Baiklah kalau kau nak sangat bercerai....aku ceraikan kau talak tiga!!jerkahnya kuat.Aku terpana.Astagfirullah al azim nampaknya Azman memang dah di rasuk syaitan.
   
Sepantas itu jugak aku menghempaskan daun pintu bilik dan mengemas pakaian untuk keluar dari rumah yg aku anggap syurga dahulu.bagi aku segalanya sudah berakhir.
  mungkin takdir Tuhan menentukan jodoh aku ngan Azman cuma setakat itu sahaja.Tiada lagi kenangan Manis tuk aku kenang bersama Azman.Segalanya berlalu bagai angin lalu.Aku tidak menyangka Azman sanggup menduakan aku dengan adik aku sendiri.Adik yg aku puja-puja dan jaga akhirnya memakan diri aku sendiri.
     Paling sedih dan pedih Azman jatuhkan talak tiga kepadaku.Ini bermakna tiada lagi sekelumit ruang dihatinya untuk aku.segalanya punah dan musnah kini.Aku dibuang sesuka hati bila tidak dperlukan.Bagaimana dengan anak-anak kami?
       adakan Fatihah dan firdaus faham dengan pergolakan yg terjadi antara kami?Ah!begitu sukar untuk aku meramalkan semua!tapi Nina.....sampai hati kau menyakiti hati dan masa depan kakakmu sendiri?mengapa mesti kau pikat abang ipar sendiri?Tiada lagikah lelaki bujang diluar sana yg nak dijadikan teman hidup?

  Ah!mungkin benar kehidupan kita ada pasang dan surutnya.Adakala kita dilandan dugaan dan adakalanya kita berada di puncak bahagia.mungkin segala kenangan manis itu bukan milikku lagi!semoga kau bahagia Azman-Nina.